Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘daily life’

Malam minggu lalu gua tekan kekunci telefon bimbit lalu gua hubungi nombor jaguh kayuh..gua tanyekan destinasi lalu dengan sepantas kilat si jaguh membalas,”gua di OU”,katenye…dalam otak gua berkata cantekkkkk,gua usulkan untuk bertemu di belakang pasar TTDI untuk menyantap lontong sebagai vitamin sebelum mengadap budak-budak sekolah esoknye…ketika gua hampir sampai ke destinasi, jaguh kayuh hubungi gua katekan lontong kegemaran tutup,lalu gua pilih untuk ke Makbul berbanding Rasta yang sangat mahal harga makan minumnya…

Gua parking sesedap rasa lalu gua bersama jaguh kayuh dan bakal isterinya mengambil tempat di sebelah luar untuk menghirup udara segar kononnya…Teh O ais limau dan roti milo menjadi pilihan hati malam itu…perbualan rancak bermula,dari isu negara sampai la ke isu sukan…isu basikal adalah topik wajib,beliau menceritakan tentang pengalaman beliau pulang ke Johor bersama basikal jaguhnya sambil si bakal isteri sibuk mengunyah biskut jejari coklat tanpa menunjukkan minat terhadap topik basikal…topik Fiqh dan Usulludin turut menjadi pilihan malam tersebut..

Bicara tentang lomografi turut disentuh pada malam itu… Jaguh Kayuh tidak seperti dulu… Semenjak menyertai aktiviti kayuh dan mendaftar kelab kereta kenari bikin nih,dia tidak lagi aktif berlomo seperti dulu…kali terakhir gua saksikan LCA beliau beraksi sudah lama dahulu…beliau kini lebih cenderung mengangkat tangan kepada pemilik-pemilik kenari yang lain…tapi bicaranya tentang lomo tetap mempunyai visi dan misi,itu membuktikan lomo tetap dalam hati beliau…gua mendengar dengan penuh teliti segala isi perbualan jaguh kayuh satu persatu..sampai la ke satu ayat yang gua penuh tanda tanya yang terkeluar dari mulut jaguh kayuh…

“Gua hari tu bukak forum,forum dah tak macam dulu,gua tgk kat page forum tu banyak gile ‘SPERM’,sape la punye kerja tuh”, kata jaguh kayuh dengan muka selamba dan meneruskan perbualan..

Gua terfikir sejenak,sape plak yang buat kerja tak senonoh kat forum nih?sampai banyak gila ‘SPERM’ yang melekat di forum? gua pandang muka jaguh kayuh dalam-dalam yang mimiknya sudah menyedari kesilapan tatabahasanya…gua tak banyak cerita,ambil telefon bimbit sambil menaip sesuatu di status laman Facebook gua yang kini perbualannya panjang berjela…si bakal isteri beliau pula macam orang histeria ketawa,mujur takda dukun yang lepak berdekatan…

nota kaki : Selamat Hari Jadi YB Sungai Buloh…mana mau lari?

Read Full Post »

Perlawanan hebat

Semenjak dua menjak ni gua terbabit dalam satu latihan…gua memastikan rentak sentiasa sama..irama yang sama..kedudukan postur badan juga gua beri keutamaan, brader sebelah hampir kena jurus pendekar gua sebab sengih-sengih tengok gua tonggekkan sikit badan,ini semua petua orang-orang lama,lu mana tahu..hayunan gua pastikan sekata,bak kata seorang bekas pensyarah gua kat sekolah dulu, pukul kuat kalau tak pergi buat malu jer dalam loghat kedah beliau…

Mental dan fizikal gua cuba gua terapikan secukupnya…stamina gua rasakan saki baki memanjat Bukit Tabur hari itu bersama Iyan masih ada..gua tak kira,gua nak buat jugak,sekali dalam seumur hidup,kalau pun kalah, gua puas hati…

Minggu depan gua nak cabar Tiger Woods one on one dengan gua di Augusta Masters, boleh menang tak agak-agak walaupun gua guna barang second hand?

Read Full Post »

Terkini..

Sudah lama gua tak menulis..memang gua tak nafikan hati gua meruntun-runtun nak menulis..tapi bile gua nak menulis gua tak dapat sertakan dengan gambar-gambar terkini gua macam dulu…gua masih tak dapat setelkan akaun flickr gua…banyak gambar-gambar gua yang on waiting list untuk disiarkan disini…tu yang buat gua potong stim…ohh,exhibition di UTP usah dikenang, terima kasih pada sahabat baik gua dari zaman sekolah Najihah Azhar sebab sudi bawak gua mengenali kampus tu..yang lain-lain perkembangan gua rase baik lu orang jangan tanye..

Mukhriz latif dan Iezah latif telah pun selamat menyambut kelahiran Zikry Hafiy, gua doa lu jadi pemain bola bile besar nanti…Sekali Umie Aida datang jenguk si Iezah mase kat hospital, kini Mukhriz juga seorang selebriti hahaha..Buat Shamsul juga tahniah kerana juga menyambut kelahiran putera baru beliau bersama Kak Lana…buat member-member yang tengah menunggu kelahiran anak pertama mereka seperti Duan dan Mira, gua doakan selamat semuanya…

Perkembangan terbaru,gua akan menyambung pelajaran di sebuah universiti insyaallah bulan Jun ini…gua harap takde lagi politik kotor untuk lulus…perkembangan yang sama dari dulu tak berubah-ubah adalah ade sorang produser ni sampai sekarang tak bayar payment gua…makan tahun jugak nih…gua suspek die nak hold payment gua sampa tahun 2018…lu ingat gua takde tanggungan bulanan nak kena setel?

Pakej wedding untuk bulan Mei, Jun dan Julai masih lagi dibuka…harga gua rasakan amat berpatutan dan mampu milik iaitu bermula dari RM 1550…sila hubungi untuk mendapat lebih kepastian…Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas rezeki-rezeki yang dilimpahinya…Gua harap gua dapat setelkan akaun flickr gua dalam sikit masa lagi untuk gambar-gambar terkini..

Anugerah Juara Lagu 24

Yuna@AJL24,photo by Syimir Izzaffy


coming soon…
Teaser for Malam Nada Biru

Yuna@Malam Nada Biru,photos by Syimir Izzaffy


Footnote : Gua nak merisik Tiz Zaqyah laaa..amacam?

Read Full Post »

Sejuk..

Gua dah ready packing barang-barang…maklumlah nak pegi tempat sejuk…gambo kat pokok pine itu wajib,mane boleh lepas,buat kenangan tunjuk kat orang-orang di Kuala Lumpur…Lomokids bukan calang-calang,family day kat tempat-tempat sejuk jer,nak berehat sakan la katekan…

Tapi ni ade kes terbaru lagi…Name gua dah ditambah along pulak…bile mase gua dapat anugerah?Gua ingat nak pergi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia lah,laporkan pencabulan ke atas nama gua..

Nota Kaki : 2 hari jer lagi…selamat tinggal Keyy Ellll…

Read Full Post »

Dalam naik taraf..

Minta maaf kerana blog ini semenjak dua menjak ni slow sikit…gua sedang melakukan kerja naik taraf…Hal gua dengan universiti gua pun dah setel..gua serah pada tuhan takdir dan rezeki hidup gua di masa hadapan…rezeki tuhan tu ada kat mana-mana jer…2010? tak payah nak azam-azam lar…azam 5 tahun lepas pun tak setel lagi..yang gua harapkan semoga Tuhan menguatkan semangat gua untuk terus bekerja dan tamatkan pengajian gua…harapnyer projek yang gua rancangkan akan terlaksana 2010 nih…tahun ni gua harap gua dapat travel jauh-jauh…Iyan Loser apa lagi jom repeat travel kita tahun lepas..gua teringin nak tengok dunia luar..gua tak into sangat berjalan sambil shopping nie…lagi seronok tengok tempat org dan cara hidup org..2009 ade jer peristiwa dan benda menyakitkan hati,tapi biasala asam garam hidup…bak kate sorg teman gua,tak rancak la hidup kalo takde masalah…tapi kalau masalah sampai akhir hidup itu memuncak name die…kepada semua client yang Hired aku pada tahun 2009 terima kasih atas sokongan anda semua,harapnyer kite dapat bekerjasama lagi,sangat seronok bekerja dengan anda semua…ape pun,selamat datang 2010 selamat tinggal 2009..

Footnote : 29,30,31 Januari 2010,Fraser Hill,ada brani?

Syimir Izzaffy
Photographer
Momentspeaks Photography
012 2542360
http://www.flickr.com/photos/kabusribut
kabusribut88@yahoo.com
wedding.event.photojournalism

Read Full Post »

Ipoh..

Outstation ke Ipoh dari hari Jumaat sampai hari Ahad…
Penat tapi menyeronokkan…Gua selamat dari mencanak sorg-sorg dengan kehadiran Penulis Licik dan Shah…
Sedikit kecewa tak dapat cover job di Rock The World…
Dapat labu sayung,terima kasih kepada client Moqh…gua dah minum air die,sejuk beb…

Selamat Pengantin Baru kepada :

1. Client gua – Faizal dan Elya
2. Client Moqh – Kimi dan Linda
3. Kawan gua – Nabil dan isteri

Footnote : Gambar nanti gua up…nak kene beli flickr balik sebab dah tamat tempoh…demm it! duit lagik..

Read Full Post »

Jepun..

Bakal kakak sedara ipar gua kasi…Gua pikir jugak,kalau gua bagi mata,camne gua nak kerja?Tapi member gua kate bagi sebelah dah la,dua-dua org boleh tengok…logik jugak…kena bukak Momentspeaks Japan ni ahaha…

Read Full Post »

doa..

Rutin gua sekarang setiap hari pergi balik ke Institut Jantung Negara…Setiap hari gua akan melawat seorang perempuan kat sana…bukan nurse,bukan doktor wanita,bukan cleaner indon tapi wanita itu adalah nenek gua…nenek gua sekarang berada dalam keadaan tak stabil…gua mintak kepada semua yang membaca dapat mendoakan nenek gua sembuh…paling tak pun gua mintak bebanan die berkurangan sikit sebab nampak sakit sangat pernafasan die tuh…gua akan sambung semua kerja-kerja selepas nenek gua sehat…banyak projek terbaru yang gua nak update…

Nota Kaki : Kempen bebas merokok!

Read Full Post »

Rezeki..

Bagi gua,rezeki ni tuhan bagi kepada masing-masing sama rata..jika kita ada usaha gua pasti tuhan akan murahkan rezeki tu…jika jujur dan bekerja keras gua pasti tuhan akan permudahkan rezeki itu..Tuhan juga suka orang yang bekerja keras mencari rezeki..buat apa kita nak tutup periuk nasi orang kan? Tuhan tu kan maha adil..kalau tutup periuk nasi orang,tak baik,tuhan tu dah sedia maha adil dah..Tuhan memang tak suka org yang sekat rezeki orang lain…jangan kata tuhan,manusia pun tak suka manusia yang sekat rezeki orang lain dan orang yang cuba menjatuhkan orang lain..

footnote : kepada kawan-kawan,gua tetap sokong lu orang dalam apa jua masalah…gua tau lu orang terbaik..lu orang tau sape lu orang..

Read Full Post »

Tabiat gua sekarang..

Pagi 8.00 – Nasi Lemak Ayam + telur mata
Tgh Hari 12.00 – Nasi + Ayam + Hot Dog
Petang 3.00 – Kuih Muih
Petang 5.00 – Kuih Muih 2nd round
Malam 8.00 – Nasi Goreng Kampung daging merah + telur dadar + burger daging special
Pagi 2.00 – Maggi Goreng Pattaya

Tough tak gua?

Read Full Post »

Older Posts »