Feeds:
Posts
Comments

Archive for August, 2009

wahahahahahahahahaha…..wahahahahahahaha….wahahahaha…bangang! memang bangang! Dah la sikit-sikit jatuh,main nak mintak kesian…baik main bowling….Gua ingat nak lapor jer kat Badan Pencegah Rasuah suruh siasat Diaby tu….bukan ade yang pressure pon,tapi tanduk gol sendiri…Aik ade yang kene suh tinggalkan bangku simpanan nampak? Baik main liga kampung… Tak yah ade Christiano pun bleh menang…ingatkan Ronaldo takde lu org boleh ar amik kesempatan…same jer…

Ape lu orang nak cakap gua tak pedulik…janji game malam tadi Man United 3 point!

Advertisements

Read Full Post »

Manchester Unted VS Arsenal


Pot Amir live in KAED2009

Gambar di atas tiada kena mengena dengan tajuk…yang gua nak bahaskan kat sini pasal pertarungan…pertarungan melibatkan maruah…Manchester United VS The divers seperti yang tertera di blog Mukhriz latif..kita tgk sapa yang kena ini malam…

Gua dah ready anak tekak nak bahan pasukan lawan..Owen make your move!

Read Full Post »

Satu kisah di malam itu…

Gua teringat balik mase time multidip subject short sem aritu…mase tu cite nur kasih tengah shooting kat fakulti gua…pada yang tak tahu,nurkasih ni yang blakon remy ishak ngan tiz zaqyah…satu malam tue gua nak ke opis…nampak krew2 nur kasih kat lorong nak menuju ke opis gua…gua lalu buat muka selamba…tetibe..

” Hah remy dah sampai dah… ,” krew…
” owh sorry ni student sini…ingatkan remy… ,” krew

Ape cer plak?gua jauh lagi ensem…

Read Full Post »

Catatan puasa ke-7

Seawal jam 10 gua da bangun..hari ni misi ambik adik gua kat pudu..nak dibiarkan sorang atau balik sendiri kesian,puasa plak tu…dan gua takot kene kacau ngan mat pet si bangsat negara…jadi gua selaku abg yang soleh pun pergilah ambil…abes semua kereta gua cilok,sempat gak pahala puasa gua kurang sikit sebab sumpah seranah ketika memandu…gua ditemani Dauz Jambu,cilakak lu haha!

Dan sekarang gua tengah terlantar…lapar dia satu macam arini…gua ingat nak bantai masak maggi goreng 3 paket lah…gua nak mengadap Tuhan jap…

Read Full Post »

Puasa gua yang ke-6

Syukur gua panjatkan ke hadrat Ilahi,gua berjaya lengkapkan hari puasa gua yang ke-6…setakat ni perot gua takde mengada nak gastrik-gastrik lagi…

Gua bangun umpama dipaksa…kali ni gua mesti gagahkan diri gua untuk ke kelas Bahasa Melayu…Kat library,gua berjaya menjumpai buku yang dah lama gua carik, Antologi himpunan puisi dan penulisan A.Samad Said a.k.a Pak Samad..422 muka surat gua tak kesah…gua carik buku ni kat kedai buku semua dah habis,ke lu orang catu macam gula sekarang ni?Bile buka puasa,hari ni lah hidangan gua paling melampau,sampai RM6 kos keseluruhan nasi bungkus gua,tengok perotlah kat situ kan…

Hari ni hati gua kembali tak tenteram…external hardisk gua masih tak ketemui…segala kerja penting gua tergendala termasuk editing gambar band-band rancangan Aura Muzika…September dah nak dekat bermakna tarikh untuk gua publish gambar-gambar tersebut makin hampir…time ni pulak die nak hilang,cilakak…kali ketiga gua ceroboh bilik ni sampai ke lubang semut,mencari benda alah tu tapi tak dapat dikesan…Gua harap sape yang amik tu segera pulangkan…bulan ramadhan ni doa makbul kalau kita ikhlas..gua tak nak la doa lu tersungkur masa on the way nak mandi kat bilik air,tak pun gagap mase tengah ngorat makwe ke,tak baik,so gua mintak lu pulang jer pun dah cukup…

foot note : Gua akan buat solat hajat,insyaallah..untuk mohon diberi petunjuk dan untuk memohon Allah berikan bantuan kepada saudaraku di Palestin..

Read Full Post »

Bahasa Melayu..

Gua tertarik dengan satu quote ni…

“Bangsa Malaysia takkan bersatu jika tidak menggunakan Bahasa Malaysia”

Bagi gua…memang btol ungkapan tu…tapi kat negara kita gua tgk sekarang ni ramai yang agungkan bahasa penjajah…sampaikan sasterawan Pak Samad pun ditembak dengan gas pemedih mata apa cerita?kalau dulu,orang sampai sanggup turun ke jalan raya pertahankan Bahasa Melayu,tapi sekarang segelintir je yang tahu apa itu makna Bahasa Malaysia kepada kita…

Aku sayang bahasa ibunda ku…Bebaskan minda kita dari belenggu penjajah…kita masih boleh maju dengan Bahasa Malaysia…Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan…

Read Full Post »

Hari puasa yang ke-5

Sekali lagi gua panjat kesyukuran ke hadrat Allah,gua berjaya lengkapkan hari puasa gua yang ke-5..

Gua bangun tidur dengan langkah yang longlai…hari ni gua kena mengadap class urban design pukul 12 tgh hari…sebelum tu gua terlepas class Ms MY pukul 9 tadi akibat terlajak tidur…gua masih mencari ubat nak selesaikan wabak terlajak tidur ni…doktor-doktor kalau lu ade vaksin untuk wabak terlajak tido nih meh sini suntik kat gua…class urban yang gua hadap dah tak berapa nak urban…mata gua lebih urban dari lecture..makin lama makin redup mata gua,awek cun lalu pun gua dah tak heran…

Tapi ape yang gua nak cerita kat sini adalah pasal situasi gua melangkah longlai ke bilik mandi pagi tadi…gua ade rase sesuatu yang tak kena…nak kate hasutan setan semua dah kena tambat…mula-mula gua cuba mengelak rasa curiga,tak baik bulan-bulan puasa ni bagi tanggapan buruk kat orang…tapi makin lama makin gua pasti…

Ape cer bau orang goreng telur dari bilik hujung pukul 12 tengah hari bulan-bulan puasa ni?

Kalau betol la ianya terjadi,gua sebat je dengan dawai ampaian baju sebelah bilik mandi tuh…

Read Full Post »

Older Posts »