Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘wedding’

Alhamdulillah,dapat jugak upload full entry untuk wedding event…Terima kasih kepada Mukhriz Latif yang banyak memberi tunjuk ajar serta ilmu yang berguna dan memberi peluang untuk menyertai beliau bersama Shah Fariz dan Mohd Ming untuk majlis resepsi Farah dan Faisal ini…Dunia ni rupenye kecik jer, salah seorang usherer untuk majlis diorang ni adalah kawan aku…and thanks jugak kat kedua pasangan yang sangat sporting…semoga menikmati gambar-gambar yang dihidangkan 🙂

Selamat pengantin baru di ucapkan dan selamat berbahagia hingga ke akhir hayat…dapat baby comel cepat-cepat hehe..

Read Full Post »

Gian..



lagi gambar wedding di sini

Rindu nak kembali ke wedding..gian nak snap shutter…teruja nak test senjata baru…doakan gua makin maju…

Read Full Post »

Mukhriz dah kahwin!!!!

Semalam secara rasminya Mukhriz Latif ataupun Moqh,telah pun bergelar suami kepada Azizah Mochamad Latif ataupun Iezah…Dengan ini Moqh telah terkeluar secara rasmi dari kelab orang-orang bujang LomokidS hahaha…Reception diorang telah berlangsung dengan meriah di Kaed Gallery,UIAM..Setelah sekian lama,akhirnya aku hadiri wedding sebagai tetamu hahaha..Lomokidos yang hadir pun ramai,nak roboh pentas dibuatnye haha…Selalunye Moqh yang amik gamba tapi kali ni die duduk atas pelamin tue…Majlis turut dihadiri oleh semua Pro Photog Candidsyndrome termasuk SN..segan gua nak amik gamba huhu…Gua tak dapat join outdoor sebab terpaksa lari ke Damansara jap,then bile sampai jer dorg dah habis shoot..tapi takpelah sebab aku memang nak amik lens kat peijan ( tenkiu Peijan )…And thanks to Moqh sebab bagi aku pinjam lens…Semoga korang cepat dapat baby,bleh kawan ngan orked…huhu







Next,gua tunggu pasangan nie plak..sama-sama kita nantikan…huhu


Syimir Izzaffy
Photographer
Momentspeaks Photography
012 2542360
http://www.flickr.com/photos/kabusribut
kabusribut88@yahoo.com
wedding.event.etc.

Read Full Post »

Setelah bertungkus lumus dengan seriusnye,at last gua dapat gak upload post baru dan gua upload gak cerita wedding yang paling baru…Pada pembaca sekian gua mohon maaf kat lu org semua sebab gua agak sibuk menguruskan hal negara dan dua tiga perkara yang gua perlu selesaikan..gua syak dalam minggu depan gua kembali terputus hubungan ngan internet jap…

Ape pun wedding yang berikutnya ini adalah antara Pegawai FAM iaitu Faiz dan Tasya yang mirip paling hampir ngan Ayu Raudhah…memule gua ingat gua cover assignment artis tapi setelah gua tanye beliau mengaku beliau bukan Ayu tapi Tasya namenye…Tasya ni adalah rakan baik kepada Farina Qarezzma..Majlis org kawin ni bertempat di Bandar Nusaputra, Puchong yang menyaksikan gua sesat 3 kali…Outing session plak dilakukan di Putrajaya….terima kasih kepada Payid yang escort gua ari tu…










Selamat berbahagia gua ucapkan kepada kedua mempelai…semoga cepat dapat baby…dan harap dapat pas man united huhu…

Syimir Izzaffy
Photographer
Momentspeaks Photography
012 2542360
http://www.flickr.com/photos/kabusribut
kabusribut88@yahoo.com
wedding.event.etc.

Read Full Post »

Kawan gua dah kahwin..

Pada hari ahad yang lepas,gua telah berpeluang untuk menjadi tetamu pulak untuk satu majlis perkahwinan kawan gua,selama nie gua yang kene amik gamba tetamu tapi kali ni gua datang makan jer…majlis ni adalah majlis kawan sepermainan gua dari dulu…susah same senang same…perkahwinan bertempat di Keramat…gua cam tak caye jer same baya ngan gua dah kawin…

Foot Note : Tahun ni memang rancak kawan-kawan gua kahwin…tak tau nape..

Read Full Post »

Disebabkan kesibukan gua yang mengalahkan Perdana Menteri Andorra, gua tak sempat nak upload full entry lagi untuk cerita wedding nie..Kat sini gua ada sediakan sedikit teaser untuk tatapan sementara lu org semua…Syukur ke hadrat Ilahi rezeki melimpah ruah kebelakangan ni…Untuk semua rakyat Malaysia yang kahwin sempena cuti sekolah ni gua ucapkan selamat pengantin baru….


Tasya & Faiz, Bandar Nusaputra, Puchong


Man & Ida, Ampang


Ja & Zack, Setiawangsa KL


Ayu & Wan, Kg Lindungan PJ

Syimir Izzaffy
Photographer
Momentspeaks Photography
012 2542360
http://www.flickr.com/photos/kabusribut
kabusribut88@yahoo.com
wedding.event.etc.

Foot Note : Sape ade idea ubat ape mujarab untuk sakit pinggang? Nak tercabut dah skru gua nie..

Read Full Post »

Wedding : Dzuhri & Lynda

Sebelum aku sambung dengan report borneo part2,kita layan dulu post wedding seterusnya..lama gak aku tak upload wedding kat sini sebab cuti ni aku sibuk dengan urusan ke sarawak..Wedding kali ni adalah antara pasangan sama cocok dan sama padan iaitu Dzuhri dan Lynda..sedikit info mereka nie bercinta dari zaman belajar lagi aku dengar..alhamdulillah hubungan yang mereka jalinkan itu akhirnya ke jinjang pelamin…Majlis pernikahan pasangan nie diadakan di kediaman pengantin perempuan iaitu di Jalan Gasing P.Jaya..Pasangan ini dinikahkan sendiri olah bapa pengantin perempuan…layan gambar-gambar dibawah..







Pada waktu tengah harinya,majlis persandingan mereka telah diadakan di Pusat Komuniti Lembah Pantai,Bangsar…agak tough sedikit keadaan lighting disana tapi aku telah cuba memberikan shot yang terbaik untuk pasangan ini…harap mereka suka dengan apa yang aku hasilkan..komen dan kritikan dialukan..















terima kasih diucapkan kepada kedua mempelai dengan kerjasama yang diberikan…dan aku juga dengar khabar berita bahawa org tua kepada pengantin perempuan akan berangkat ke Makkah untuk menunaikan umrah,Kami warga kerja Momentspeaks Photography mengucapkan selamat berangkat dan selamat pulang…kami mohon doakan kami berjaya di dalam bidang ini dihadapan Kaabah nanti..Kepada Dzuhri dan Lynda selamat pengantin baru,semoga lekas menimamng cahaya mata hehe…

Nota Kaki : Selamat Pengantin Baru juga kepada Ardy Asfanzi ( Efan ) dan Zatil Hidayah ( Zatil ) yang melangsungkan perkahwinan mereka di Botanical Garden Putrajaya minggu lepas…haha ko dah kahwin efan,sekaligus terkeluar dari kelab bujang macho lomokids haha…

Syimir Izzaffy
Photographer
Momentspeaks Photography
012 2542360
http://www.flickr.com/photos/kabusribut
kabusribut88@yahoo.com

Read Full Post »

Older Posts »