Feeds:
Posts
Comments

Archive for March, 2009

Selamat Hari Jadi..

semalam..

Gua bergerak dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia menuju ke Zoo View sambil Nasrul telah pun menunggu di hadapan zoo negara..ketika di dalam perjalanan gua sempat ke kedai untuk membeli 1o biji telur dan sepeket tepung sebagai bekalan…malam ini, perajurit skuad tepung lomokids telah disertai oleh Gua,Nasrul,Jibam,Azri,Del dan Ikmal…Kami akan menuju ke rumah Alia yang menyambut kelahiran yang ke-25 ( Selamat Hari Tua )..katenye,ade makan-makan..upacara akan dijalankan pada pukul 8.30…semua perajurit berkumpul dihadapan zoo sebelum bergerak ke rumah mangsa..

Tiba di rumah Alia dengan nada dan mimik muka selamba..macam tiada apa yang akan berlaku…makan-makan,minum-minum,kek besday yang comel,gelak-gelak menunggu masa untuk BALUT ( Nasrul,Balik-Balut )..sementara itu Zahar tiba dengan luka-luka…Rempit katekan, yang lu layan lap kat bulatan sape suruh,pastu tak REPET ( Del,Report-Repet ) polis…

Tiba masanya,mangsa di panggil kononnya nak tangkap gambar…dengan lafaz Bismillah,telur dan tepung sempat hinggap di diri mangsa…hahaha…gua kira,total gua baling jer dah 5 bijik…sorry bebanyak alia,lagi pun kamu dah REPET di kereta ku…dammm…apepun,slamat meningkat usia dan kurangkan membebel seperti yang diperkatakan Jibam…Mission accomplished!!!

Sementara itu di UIA,

Gua baru balik dari besday alia..terserempak dengan Lesak yang membawa tepung…gua kate, tak lengkap nih kalo takde telur bersama..dengan pantas gua dan Daus ke Mart untuk membeli 15 bijik telur…mangsa,BENTONG si besday boy…telur diagihkan kepada kawan-kawan..suma standby sebelah bilik jemuran,Bentong di tarik keluar dengan pasrah walaupun cuba meronta pada awalnya…dengan lafaz Bismillah aku memulakan serangan dengan 2 bijik telur tepat ke badan dan dada…haha..disertai dengan rakan-rakan yang lain…amir memulakan serangan pemadam api dan yang lain melumur tepung…mission accomplished!!!! kah…kah…kah…

Nota Kaki : Selamat hari jadi kepada sahabat, Ahmad Safwan dan selamat hari jadik juga kepada cik alia…sorry kalo sakit time kene baling tue and harap tangan anda ok…aku sayang semua kawan-kawan aku..tanpa korang hidup aku mungkin kosong..

Read Full Post »

Gua dah cakap awal-awal…tapi masing-masing tak percaya…
Malam tadi…

Manchester United 2 – Inter Milan 0

Gua dah cakap awal-awal loser jer anak-anak buah mamat dari Portugal tue..Ibrahimovic yang kate nak malukan team gua kat Old Trafford macam haram jer main…baik lu orang dengar cakap gua kali ni,Manchester United konfom 5 piala season nie..

Read Full Post »

Situasi sekarang..

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah SWT…bapak aku telah pun keluar dari unit rawatan rapi hospital ampang puteri…tak senang hati aku dibuatnya sepanjang minggu lepas…jujurnya,aku amat rapat dengan bapak aku memandangkan kami berdua je lelaki di rumah kami…kini bapak aku sedang berehat di rumah,masih tidak boleh memandu atau bekerja…takpelah,asalkan ayah sihat sepenuhnya dahulu..

aku pulak dah kembali dengan hari-hari yang serba tak seimbang hidupnya…siang tak tido malam pun tak tido…untuk pengetahuan korang studio aku dah pun memecahkan rekod dunia dengan membuat projek master plan selama 5 minggu berturut-turut…terima kasih kepada beliau yang bertanggungjawab menyemakkan hidup kami sampai assignment lain pun lepas tangan jer nak mengejar buat master plan nih…yang tinggal kini masa untuk buat part individual hanyalah seminggu ++ jer dan hasilnya kompem tetap kutukan…bile memikirkan keadaan nih,boleh meletup otak aku dibuatnya walaupun otak aku bukan lah sejenis bahan letupan atau sisa nuklear…

Final exam pun dah nak dekat…aku baru jer kembali merakam detik-detik perkahwinan pelanggan aku bermula sabtu yang lepas setelah masalah kesihatan aku pulih dan keluar dari hospital..syukur aku juga pulih dari sakit…terus-terangnya aku tak sabar nak merehatkan minda dan menambah portfolio aku di Sarawak bulan April nanti…

Sebelum aku merapu lebih jauh lagi,baik aku sudahi post aku kali ni..ketika aku menulis ni,aku masih lagi dalam keadaan tidak mendapat tido dari hari yang sebelumnya walaupun sekejap..sedih syial hidup macam nie…aku tak sabar nak grad…hahaha..

Nota Kaki : Pikir 2 kali la wahai adik-adik yang lepasan SPM untuk ambil jurusan Landskap Arkitek..baik korang jadi cikgu Bahasa Inggeris dari hidup korang tak terurus macam aku..

Read Full Post »

Tolong Doa Bapak Gua

Bapak gua kena heart attack..skrg kat icu hospital ampang puteri..tolong doa-doakan semuanya selamat…buat masa ni,gua masih lagi tabah…

Read Full Post »