Feeds:
Posts
Comments

Archive for December, 2008

“tiit..tiit..”, enset Siddiq berbunyik..

“jgn lupa baca doa awal muharram selepas asar”, mesej dari bapa Siddiq yang berada di Madinah

Kepada semua pelayar dan pengikut blog aku ni,aku mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Awal Muharram…
Semoga apa yang korang semua hajatkan pada tahun lepas tercapai…

Banyak yang boleh kita kenangkan melalui Awal Muharram ini,seperti contoh peristiwa Hijrah…

Bercerita pasal hijrah,aku pasti korang mesti ade sesuatu yang untuk di hijrahkan untuk tahun baru ini..
termasuklah aku..

Untuk tahun baru ni,aku tak nak tulis panjang-panjang cukuplah sekadar aku katekan aku nak berhijrah jika ade perkara yang tak elok aku lakukan ke perkara yang baik-baik untuk tahun baru nie..

Aku sendiri telah berdoa moga di tahun baru ini,aku akan lebih maju dan melangkah ke alam yang lebih membina..

Nota Kaki : Teringat kecik-kecik dulu lagu awal muharram kat tv ” satu muharram detik permulaan…….”, gua hafal beb dulu lagu tu..haha

Read Full Post »

Task aku kali ni adalah majlis pertunangan dan aku rase teruja gile coz ni first task aku untuk majlis pertunangan..yelaa,selame ni amik gamba org menikah jer kan..nyway,aku cuba jadikan majlis pertunangan ni macam aku shoot majlis pernikahan dan persandingan..bertempat di Kampung Pandan,aku bersama senior aku menembak dengan senjata kami..



Nadia ni ape yang aku boleh gambarkan ialah,dia seorang yang rock…awal-awal lagi mase make-up die dah kate kat ayah die pas abis sume setel die nak lepak makan kat mamak haha..samela dengan si Nazmi,seorang yang active gak..tapi aku rase Nadia ni ikut ayah die la sebab ayah die memang pandai buat lawak..aku asyik tergelak jer,skali la dengan senior aku..






Kami diberi layanan yang sangat baik oleh mempelai dan seisi keluarga mereka..thank you so much,harap korg suke dengan gambar-gambar ni..Nanti bulan Ogos 2009,tempahan kami dah buka sekarang untuk kalendar momentspeaks tahun depan…hehe..lagi gambar di…

http://www.flickr.com/photos/kabusribut

Syimir Izzaffy
Photographer
Momentspeaks Photography
Syimir.wordpress.com
http://www.flickr.com/photos/kabusribut
http://www.flickr.com/photos/syimir
kabusribut88@yahoo.com
012 2542360 ( call for our package )

Read Full Post »

Berita kematian kedua yang aku dengar minggu nih..Yang pertama seperti dalam entry aku yang lepas iaitu Allahyarham Ar Dr.Shukri…Tapi kali ni adalah org yang lebih besar iaitu Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan,Almarhum Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman..

Menurut berita yang aku dengar di Radio kami tak hot tapi kami cool,Baginda mengadu sakit kepala pada jam 8 pagi dan mangkat pada pukul 11.45 pagi..Baginda adalah ketua negeri yang amat disayangi oleh rakyat jelata kerana Baginda adalah seorang Raja yang mengambil berat terhadap rakyat dan adil..Masih aku ingat ketika mengambil anugerah cemerlang di SMT Tuanku Jaafar yang di sampaikan sendiri oleh Baginda..Baginda ketika hayatnya akan melawat sekolah aku dahulu 2 tahun sekali kerana sekolah aku itu adalah Sekolah yang di bawah pemerhatian Baginda sebagai sekolah angkatnya…

Jenazah Almarhum akan dikebumikan pada hari Isnin ini menerusi adat isitiadat Di Raja Negeri Sembilan dan masih lagi menanti kepulangan Anakanda beliau yang berada di luar negara..Sama-sama kita doakan dan menyedekahkan Surah Al-Fatehah dan semoga Almarhum ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..


Picture by WooeR

Nota Kaki : Ajal dan maut itu adalah urusan Allah dan boleh berlaku bila-bila masa sahaja..sebagai manusia kita karus memikirkan tentang kematian untuk kesdaran dan keinsafan kita kepadaNya..

Read Full Post »

Tension!!

Waktu kini 4.31 petang,Studio 23 & 24

1. Kerja Banyak
2. Makin susah
3. Sume due date minggu depan
4. Sume melibatkan drawing dan grafik
5. Search input kat internet tah pape yang keluar
6. Minggu yang sangat penat

Nota Kaki : harap-harap pas sume setel aku akan dapat menggembirakan hati…nak pitam dah nie..

Read Full Post »

Orang lain sebab cuti mereka pada 25 Disember tiap-tiap tahun adalah kerana menyambut Krismas…Tapi bagi keluarga aku,kami lebih gembira dari semua orang sebab kami cuti sambut hari lahir boss aku,Mohd Zahari..Bapa aku dilahirkan pada 25.12.1959…Tapi bapak aku buat relek je setiap kali birthday die…tenang jer..takkan aku nak bagi kejutan cam salu buat kat kawan-kawan kan,simbah tepung..takpe,nanti kite pegi dinner family same-same sekeluarga yer ayah..

Selamat Hari Jadi Ayah…
Along doakan Ayah panjang umur dan murahkan rezeki…
Along sayangkan ayah dan janji takkan hampakan ayah..

Nota Kaki : Boss aku garang..

Read Full Post »

Hari ni (24/11/2008) Kulliyah aku iaitu KAED telah kehilangan seorang tokoh pensyarah yang merupakan orang penting di KAED iaitu Ar. Dr Shukri..Beliau melalui sumber yang memberitahu telah mengalami kemalangan ketika sedang mengangkat sebuah model dari sebuah bilik di KAED…aku juga difahamkan Kaca yang pecah telah menembusi arterinya yang mengakibatkan kehilangan darah yang banyak dan tidak mampu bersuara dengan kuat akibat keadaannya yang lemah untuk meminta pertolongan..sesungguhnya kehilangan beliau amat dirasai di KAED..

accident di kaed - Fotopages.comaccident di kaed - Fotopages.com
sila klik untuk mendapat gambaran lebih besar lokasi kejadian

Allahyarham difahamkan adalah orang penting dalam sejarah penubuhan KAED bersama Prof. Dr Ismawi Hj Zen…Sesungguhnya kehilangan beliau ini merupakan satu kejutan buat kami semua..

accident di kaed - Fotopages.comaccident di kaed - Fotopages.com
sila klik untuk mendapat gambaran lebih besar

Sesungguhnya kejadian yang berlaku ini memberi satu peringatan kepada aku malah kepada korang semua..Ajal Maut itu ditangan Allah S.W.T..tak semestinya kita maut hanya melalui sakit…tak semestinya maut itu berlaku kerana pembunuhan…siapa sangka kemalangan dimana model yang jatuh boleh mengambil nyawa Allahyarham..Oleh itu,aku pohon bukan saja pelajar KAED tapi juga kepada semua pengikut blog ini sama-sama kita sedekahkan bacaan ayat suci Surah Al-Fatehah kepada Allahyarham…semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org yang beriman..

Nota Kaki : Kepada keluarga Allahyarham Dr Shukri aku ucapkan takziah dan semoga tabah menghadapi dugaan Allah S.W.T ini..aku rase aku faham perasaan mereka kerana aku juga pernah kehilangan adik bongsu aku…

Read Full Post »

Seperti yang aku janjikan,aku akan hidangkan gambar-gambar yang aku dapat kat Langkawi hari tu semasa percutian kami sekeluarga…Alhamdulillah,setelah sekian lama merancang akhirnya kami sekeluarga dapat bercuti bersama..And aku mintak maaf sebab tak banyak gambar yang aku dapat sebab aku kene jadi driver..boss aku tak yakin sgt nak drive kereta manual sebab dah lame meninggalkan dunia manual..

Mereka sume ni adalah permata dalam hidup aku..Ayah,Ibu,Nurul dan Nurin…along love you all..

Langkawi ni seperti yang semua orang tahu memang terkenal dengan lagenda Mahsuri…Bile aku bace balik (dulu mase kecik aku tau mahsuri ni kene bunuh dan keluar darah putih,penah gak aku ingat dia ni alien haha) sejarah die memang sedih dan menyakitkan hati…Manusia memang tak pernah hargai apa yang mereka ada..Mahsuri dibunuh kerana fitnah Birasnya yang dengki terhadap kecantikan beliau…Dah ko tak cantik terima jer lah,nak dengki buat ape..kalau aku tgk balik lakaran wajah mahsuri,memang cun,tapi kalau lakaran tu tipu,maknanya korg semua pun tertipu lah haha…Tapi moralnya,sebagai manusia,kalau kita nak tgk bangsa dan saudara seagama kita maju,jauhilah sifat dengki..yaa Kami Benci Dengki haha..


Aku amat mengharapkan dapat shoot perkampungan nelayan hari tu,tapi tak dapat sebab masa tak mengizinkan…gamba nie pun aku amik dari jetty jer..tapi aku memang tertarik pemandangan kat sesetengah tempat kat sana…aku kagum sambil dalam hati berkata,inilah keindahan alam ciptaan Allah S.W.T…aku berasa syukur dilahirkan di atas bumi ini..Insyaallah kalo ade rezeki aku nak travel backpackers ke Thailand or Cambodia..

Overall,aku rase sangat gembira dapat menikmati percutian bersama seisi keluarga aku ni…kami gembira dan happy..tapi satu perkara jer aku bengang…pak cik yang bagi kereta sewa kat kitorang tue janji 3 hari rm150..tapi bile bayar die kate kitorang pakai kereta lebih masa…tapi masa kitorang buat perjanjian tu tak plak die nyatakan pasal masa,yang die cakap complete 3 hari sampai kitorang balik,rm150..bile kitorang call balik,die kate die ade sebut tapi kitorang memang confirm takde pun deal pasal masa…pada korg semua amik hal ni sebagai pengajaran dan kepada pak cik tue kalau die bace blog aku nie,satu ucapan untuk anda,SELAMAT MAKAN DUIT HARAM…

Nota kaki : Sesape yang ade iras mahsuri,sila contact aku..bleh buat calon haha…

Read Full Post »

Older Posts »