Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘travel’

Borneo Part 3:Finale

Akhirnya! akhirnya tercapai hasrat gua nak upload post report sarawak ni..dan ini merupakan report yang penghabisan…gua tinggalkan lu org dengan gambar-gambar yang lu org bleh tau ape gua buat hari terakhir kat sana dan sekarang gua nak cerita tajuk ‘DENGKI’…Gua telah diberitahu oleh seorang rakan baik gua bahawa satu pihak yang dengki terhadap bisnes yang dijalankan beliau telah hanta satu mesej yang lebih berbicara ke arah ‘warranty’ kepada semua peminat sebuah pertubuhan fotografi…kononnye berhati-hati dengan jualan dari pihak lain kerana semua tak diiktiraf dan warranty mungkin palsu atau tak berkualiti…kononnyer mereka embassy…gua nak cerita kat sini,member gua ni jual barang direct dari kilang tu kat Austria..kire kamera tue sume yang berkualiti dan warranty nyer juge dari kilang yang sama…

Lu org tau mengapa ini terjadi? sebab pihak tu dah tak laku produk nyer yang jual sama benda gak ngan membe gua tu..lu org bayang,kalau dah lu tukang jual,tapi bila org tanya pasal produk tu tapi lu org tak tau nak jawab,agak-agak gua lah,budak kecik pun tak nak beli beb….dah tu bila peminat beli kat org lain,lu org dengki dengan isytihar jual barang tak elok la takde warranty laaa…bagi gua macam nie jer la,kite meniaga kene jujur dan bersaing cara sehat…tak payah nak potong line org…susah payah member gua bina perniagaan tu,satu lagi pihak nak dengki plak…come on beb,lu org buat benda ni semata-mata bisnes…member gua lebih senang gua sifatkan ‘ tolong jual ‘ jer…untung pun tak banyak tapi lebih kepada nak meluaskan pengaruh seni fotografi unik ni..gua nasihatkan kepada sesiapa yang nak masuk cabang ‘ fotografi unik ‘ ni,pergi kat org yang passion bukan pergi kat org yang cekik darah duit lu org beli camera…

akhir kata,gua ucapkan good luck kat si pendengki tue…lu ingat lu ada shop lot lu hebat?tak baik dengki ngan org…hak membeli serah kepada pembeli,tak payah nak hasut-hasut…gua tinggalkan lu org dengan gambar-gambar…













foot note : manusia yang jujur Tuhan sentiasa berkat beb..sila komen sebarang kritikan atau apa saja tentang gamba gua demi mengimprovekan diri gua dimasa depan..]

Syimir Izzaffy
Photographer
Momentspeaks Photography
012 2542360
http://www.flickr.com/photos/kabusribut
kabusribut88@yahoo.com
wedding.event.etc.

Advertisements

Read Full Post »

Borneo part 3…

Sempat jugak akhirnye aku keluar dengan report borneo part three iaitu hari kedua aku kat sarawak bumi kenyalang walaupun aku tak nampak sekor pun kat sane..untuk hari kedua,kitorang telah dibawa oleh Ququl untuk melawat Jong’s Crocodile Farm dan UITM Samarahan…Pergh buaya kat sini tak sama beb dengan semenanjung…90 darjah beb! gerun gak aku kalo tetibe time aku tgh mandi blakang umah nenek aku muncul buaya 90 darjah nie…kalah gelek 45 darjah mas idayu…



Buaya yang telah aku bersama iyan tumpaskan…bukan senang beb..gua siap ride buaya tue..






korg tengok,selamba papa selamba wawa jer iyan pegang buaya..

time ni iyan masih lagi kawal perasaan teruja beliau tgk stadium petrajaya..

iyan dah tak dapat sembunyikan lagi perasaannya lalu berkata ” gua nak pose gaya ramos sari tendang bola! ”

waktu kitorang melawat stadium ni,kitorang tgh tunggu siddiq yang menjemput kitorang makan tengah hari kat rumah die…kitorang ucapkan terima kasih sgt kerana jemput kitorang yang dah sedia rendah bajetnyer hehe..dapat plak makan free huhu…dan petangnya kitorang gi melawat Adeeb kat UITM Samarahan…Si Adeeb ni dulu same UIA ngan aku,tapi disebabkan die anak mak,die balik Sarawak belajar kat sane..


penemuan spesis baru di UITM samarahan hahahaha…kat sane gak aku berkesempatan menemui kenalan lama di STTJ…

Foot Note : Gua tgh rancang untuk travel lagi nie…any idea destinasinya?

Syimir Izzaffy
Photographer
Momentspeaks Photography
012 2542360
http://www.flickr.com/photos/kabusribut
kabusribut88@yahoo.com
Tempah kami sekarang untuk merakamkan detik indah perkahwinan anda!

Read Full Post »

Borneo…Part 2

Alhamdulillah,travel yang aku rancang bersama Iyan Loser telah pun berjalan dengan lancar sekali…terima kasih tak terhingga kepada Xyrelququll yang bertindak selaku tourist guide kami disana, lu memang best ar bro,balik kl gua belanja ayam dara baik punya…Hari pertama dimulakan dengan flight yang delay…terbaik!

Selamatla flight tue delay setengah jam jer..kalo tak mencanak aku ngan iyan yang mengantuk kerana menyambut kemenangan team feveret kami pada malam itu…sampai di Kuching,kami disambut Ququl dengan Toyota Wish,terbaik! haha…Setelah selesai segala urusan untuk tempat tinggal,tak cita banyak Swee Kang tempat pertama kami kunjungi…ABC bandung,pergh gua cakap lu masih terasa kat tekak gua,ditambah pulak dengan sotong kangkung terbaik…cuma beehon belacan jer tak berapa nak go sangat..




Tempat pertama, Kuching Waterfront dan sekeliling bandar dengan berjalan kaki sahaja…dengan suasana redup dan mendung terasa seronok la berjalan…maklumlah pertama kali jejak kaki kat sini beb…usha-usha line kat mane tempat nak beli cenderamata suma supaya tak kelam kabut last day nanti…untuk souvenir aku amalkan sistem first come first serve haha..





Tahniah aku ucapkan kapada pihak berkuasa kuching yang aku tgk sayang bebenor dengan sungai mereka…siap ade org naik sampan kutip sampah lagi tu..dan ape yang aku tgk kat sungai ni masih ade element tradisional dan moden..gua terpaku jap tgk bot-bot membawa penumpang ke seberang sungai..




seterusnya malam tu gua ngan iyan menikmati ayam penyet sarawak…terbaik weh terbaik! meleleh la gua cakap lu…tapi apepun hari pertama adalah hari yang sukses untuk kami…ditambah lagi dengan penginapan yang selesa di Singgahsana Lodge…sangat selesa,gua tido rase macam tak nak bangun dah…apepun,ini baru hari pertama…laporan hari kedua akan menyusul nanti disertakan dengan gambar-gambar di Sarawak…harap korang enjoy tgk gambar-gambar yang disediakan…gambar biasa jer,aku harap satu hari aku dapat amik gamba travel terbaik macam Udey..

Syimir Izzaffy
Photographer
Momentspeaks Photography
012 2542360
http://www.flickr.com/photos/kabusribut
kabusribut88@yahoo.com

Read Full Post »