September 19, 2009 by Mohd Syimir Izzaffy
Gua bagi teaser dulu utk Misi Mencari Idea di bulan puasa tempoh hari bersama rakan-rakan lomokids..Gua,Moqh,Peijan amik peluang skali untuk mencari subjek,maklumlah dibulan puasa mana nak shoot wedding kan..so selain berlomo gua berdigital skali…ni memang gajah terbaik dari ladang punya..Lu org siap boleh berjalan sambil sembang ngan dorg di kaki lima…

Posted in Uncategorized | Tagged Photojournalism | Leave a Comment »
September 18, 2009 by Mohd Syimir Izzaffy
Lu org ingat raya tu sentiasa menyeronokkan?
Salu dalam tv gua tgk musim raya banyak je eksiden,
tangan hilang main mercun,
kaki patah konvoi moto,mane tak org terawih ko memekak ngan moto,
rumah masuk penyamun,
minyak naik harga,setan!
Ape yang gua nak sampaikan kat sini bukanlah nak doa yang buruk-buruk…tapi gua nak nasihatkan berhati-hatilah dalam menyambut musim raya…jangan lalai dengan keseronokan…waspada dan gembira kan lebih baik…berhati-hati memandu,main mercun pop dahla,tak yah konvoi sgt,tlg masak lemang lagi baik,kunci rumah dengan 18 bijik mangga atau solex….
Gua nak ucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin buat mak bapak gua,sanak saudara,semua kenalan dari lomokids dan rakan photographer,kenalan dari dulu sampai sekarang,pengikut blog gua ( terima kasih kerana menyokong blog gua ),bos gua shamsul dan tidak dilupakan opah ngan uwan gua….sama-samalah kita 0-0 k..
yang benar,
gua di Argentina
Posted in Uncategorized | Tagged daily life | Leave a Comment »
September 16, 2009 by Mohd Syimir Izzaffy


lagi gambar wedding di sini
Rindu nak kembali ke wedding..gian nak snap shutter…teruja nak test senjata baru…doakan gua makin maju…
Posted in Uncategorized | Tagged wedding | Leave a Comment »
September 16, 2009 by Mohd Syimir Izzaffy
First skali gua nak ucap Tahniah kat member-member gua yang beraksi menentang besiktas dengan diakhiri kemenangan lagi…tak yah ade ronaldo pun kite menang gak yer…tapi gua tak suka Valencia main,macam sial…
Gua tengah memikirkan idea ape yang perlu gua lakukan di masa lapang ni…gua dah start cuti,padan muka orang lain cuti lambat,nak sangat cuti H1N1 aritu kan…gua harap-harap mase gua tido kang tetiba datang mimpi bagi idea untuk gua menulis..sementara bulan puasa ni,gua up gamba lomo dulu dan inilah pertama kalinya gamba lomo di page gua nih..layan..




Jibam zaman muda..
exif : Colorsplash/fisheye1/provia 100/xprocess
Syimir Izzaffy
Photographer
Momentspeaks Photography
012 2542360
www.flickr.com/photos/kabusribut
kabusribut88@yahoo.com
wedding.event.etc.
Posted in Uncategorized | Tagged Lomography | 2 Comments »
September 9, 2009 by Mohd Syimir Izzaffy
Gua dapat satu invitation untuk berlakon teater…lame dah gua tinggal kerja ni…last skali masa gua berlakon kat sekolah dulu…tetibe gua dihubungi kembali untuk sertai satu teater ni…gua dah mula pikir nak berguru dengan sabri yunus ngan namron…tapi masalahnya….
Teater tu gua kene berlakon,menari,menyanyi….Menari?zapin?safel?reti pulak gua…menyanyi lagu apa tu?search gua jalan,tapi kang die suh gua high school musical apa cerita?
Agak-agak gua suruh sabri yunus ajar gua menari high school musical die lempang gua tak?
Posted in Uncategorized | Tagged daily life | Leave a Comment »
September 7, 2009 by Mohd Syimir Izzaffy
Minggu lepas,gua pergi berbuka puasa di rumah lord of the family bapak gua,opah gua…sian gua tgk,makin susut opah gua nih…Gua sampai pergi sendiri direct dari rumah,bapak gua menyusul selepas hantar adik gua kat Johor Darul Takzim…Sesampai nya gua kat sana,gua tgk masing-masing dah ada…gua bagi salam lebih kurang terus gua masuk…salam-salam…sampai turn gua salam opah gua……
” Hah kamu datang sorang je ker? Mane bini kamu tu ? ,” Opah
Gua blur sekejap..tetibe gua konpius…bile gua menikah? gua tengah pikir sape bini gua? Tiz Nur Kasih? Sherly Merlis? Ayu Raudhah? Puteri Kayangan?
Sabor opah, cucu opah ni tak dapat seru lagi…
Posted in Uncategorized | Tagged daily life | Leave a Comment »
September 3, 2009 by Mohd Syimir Izzaffy
Hari ni gua mengalami dugaan hebat sekali lagi…tak cukup dengan kereta sport gua buat hal smlm,hari ni die buat hal lagi…aircond kalau pasang time panas bukan dapat sejukkan badan gua,tapi buat gua rase duduk dalam oven..gua bukak tingkap rase lagi sedap angin die…
gua ke bengkel,check lebih kurang,cina kedai tu berkata-kata seolah-olah gua tak tau pulak yang die nak suh gua keluarkan duit lagi untuk keuntungan kedai die..cilakak! gua amik keputusan untuk kembali ke bilik sebab dalam poket gua ade rm20 paling banyak,lagi pun apek tu tak ada spare part mase tu…separuh jalan gua tgk suhu makin naik,sampai traffic light wangsa melawati,dah nak masuk tanda merah…gua ambil keputusan berhenti tepi dan redakan suhu kereta gua sambil telefon sorang member racing…
kesudahannya gua buka puasa kat umah member gua…untung gua berenti dekat ngan rumah beliau…gua dah amik keputusan,bulan depan gua nak angkat BMW 5 series…ape nak jadi,jadilah….
Posted in Uncategorized | 3 Comments »
September 2, 2009 by Mohd Syimir Izzaffy
Semalan gua ke Pasar Ramadhan di Melawati..Dengan harapan bersama FK,FaliqHeikal,Mat Beng dan Hanif untuk dapat menikmati ayam golek terbaik..Pelan-pelan gua jalan supaya tak terlepas juadah yang sedap di tekak..Hentian pertama gua jengah mini murtabak…cam boleh pegi jer die punya bentuk,gua angkat rm2…Hentian berikutnya gua ke Nasi Lemak Terbaik konon,cilakak,lu cekik gua ayam goreng seketul sampai rm4.30….dan yang di cari ayam golek,rm14 sekor,kongsi 5 org…
7.30 malam…
Murtabak mini – terbaik dia punya rasa,tahniah gua ucapkan..
Nasi Lemak Terbaik konon – cilakak,tak sedap langsung,rugi 4.30 gua..
Ayam Golek : Gua buat sendiri lagi sedap,lu meniaga apa nih?
Kerajaan sila siasat kes ini,meniaga untung jer nak tapi rasa macam haram! Gua rase nak melenting jer bile makan tak mendatangkan kepuasan…
Nota Kaki : Tahniah Moqh,lu nak jadi bapak dah lagi 7bulan..
Posted in Uncategorized | Tagged daily life | 2 Comments »