Feeds:
Posts
Comments

Rest in peace MJ..even you are not here anymore,but your music,your art will always in our heart..we love you..

Gua sedang bekerja

Nanti gua sambung..

Semalam secara rasminya Mukhriz Latif ataupun Moqh,telah pun bergelar suami kepada Azizah Mochamad Latif ataupun Iezah…Dengan ini Moqh telah terkeluar secara rasmi dari kelab orang-orang bujang LomokidS hahaha…Reception diorang telah berlangsung dengan meriah di Kaed Gallery,UIAM..Setelah sekian lama,akhirnya aku hadiri wedding sebagai tetamu hahaha..Lomokidos yang hadir pun ramai,nak roboh pentas dibuatnye haha…Selalunye Moqh yang amik gamba tapi kali ni die duduk atas pelamin tue…Majlis turut dihadiri oleh semua Pro Photog Candidsyndrome termasuk SN..segan gua nak amik gamba huhu…Gua tak dapat join outdoor sebab terpaksa lari ke Damansara jap,then bile sampai jer dorg dah habis shoot..tapi takpelah sebab aku memang nak amik lens kat peijan ( tenkiu Peijan )…And thanks to Moqh sebab bagi aku pinjam lens…Semoga korang cepat dapat baby,bleh kawan ngan orked…huhu







Next,gua tunggu pasangan nie plak..sama-sama kita nantikan…huhu


Syimir Izzaffy
Photographer
Momentspeaks Photography
012 2542360
www.flickr.com/photos/kabusribut
kabusribut88@yahoo.com
wedding.event.etc.

Doakan usaha gua menjadi hendaknyer…harap semua berjalan dengan lancar…nak cerita lebih-lebih takut benda tak menjadi..nantikan dan doakan eh…

Pada Mukhriz dan Azizah,Selamat Pengantin Baru gua ucap pada lu org…macam celebrity kawin daa…hahah

Bak kate P.Ramlee, bahasa itu jiwa bangsa…maknanya bahasa itu adalah perspektif pandangan masyarakat…

Gua cakap elok-elok,lu pun cakap la elok-elok…

Panas walaupun duduk bawah gas CFC nih…kalau letak telur kat kulit gua skrg mungkin boleh jadi telur mata goyang…

Selamat Tuhan kurniakan Kesabaran kepada aku…

Syukur!

Akhirnya! akhirnya tercapai hasrat gua nak upload post report sarawak ni..dan ini merupakan report yang penghabisan…gua tinggalkan lu org dengan gambar-gambar yang lu org bleh tau ape gua buat hari terakhir kat sana dan sekarang gua nak cerita tajuk ‘DENGKI’…Gua telah diberitahu oleh seorang rakan baik gua bahawa satu pihak yang dengki terhadap bisnes yang dijalankan beliau telah hanta satu mesej yang lebih berbicara ke arah ‘warranty’ kepada semua peminat sebuah pertubuhan fotografi…kononnye berhati-hati dengan jualan dari pihak lain kerana semua tak diiktiraf dan warranty mungkin palsu atau tak berkualiti…kononnyer mereka embassy…gua nak cerita kat sini,member gua ni jual barang direct dari kilang tu kat Austria..kire kamera tue sume yang berkualiti dan warranty nyer juge dari kilang yang sama…

Lu org tau mengapa ini terjadi? sebab pihak tu dah tak laku produk nyer yang jual sama benda gak ngan membe gua tu..lu org bayang,kalau dah lu tukang jual,tapi bila org tanya pasal produk tu tapi lu org tak tau nak jawab,agak-agak gua lah,budak kecik pun tak nak beli beb….dah tu bila peminat beli kat org lain,lu org dengki dengan isytihar jual barang tak elok la takde warranty laaa…bagi gua macam nie jer la,kite meniaga kene jujur dan bersaing cara sehat…tak payah nak potong line org…susah payah member gua bina perniagaan tu,satu lagi pihak nak dengki plak…come on beb,lu org buat benda ni semata-mata bisnes…member gua lebih senang gua sifatkan ‘ tolong jual ‘ jer…untung pun tak banyak tapi lebih kepada nak meluaskan pengaruh seni fotografi unik ni..gua nasihatkan kepada sesiapa yang nak masuk cabang ‘ fotografi unik ‘ ni,pergi kat org yang passion bukan pergi kat org yang cekik darah duit lu org beli camera…

akhir kata,gua ucapkan good luck kat si pendengki tue…lu ingat lu ada shop lot lu hebat?tak baik dengki ngan org…hak membeli serah kepada pembeli,tak payah nak hasut-hasut…gua tinggalkan lu org dengan gambar-gambar…













foot note : manusia yang jujur Tuhan sentiasa berkat beb..sila komen sebarang kritikan atau apa saja tentang gamba gua demi mengimprovekan diri gua dimasa depan..]

Syimir Izzaffy
Photographer
Momentspeaks Photography
012 2542360
www.flickr.com/photos/kabusribut
kabusribut88@yahoo.com
wedding.event.etc.

Setelah bertungkus lumus dengan seriusnye,at last gua dapat gak upload post baru dan gua upload gak cerita wedding yang paling baru…Pada pembaca sekian gua mohon maaf kat lu org semua sebab gua agak sibuk menguruskan hal negara dan dua tiga perkara yang gua perlu selesaikan..gua syak dalam minggu depan gua kembali terputus hubungan ngan internet jap…

Ape pun wedding yang berikutnya ini adalah antara Pegawai FAM iaitu Faiz dan Tasya yang mirip paling hampir ngan Ayu Raudhah…memule gua ingat gua cover assignment artis tapi setelah gua tanye beliau mengaku beliau bukan Ayu tapi Tasya namenye…Tasya ni adalah rakan baik kepada Farina Qarezzma..Majlis org kawin ni bertempat di Bandar Nusaputra, Puchong yang menyaksikan gua sesat 3 kali…Outing session plak dilakukan di Putrajaya….terima kasih kepada Payid yang escort gua ari tu…










Selamat berbahagia gua ucapkan kepada kedua mempelai…semoga cepat dapat baby…dan harap dapat pas man united huhu…

Syimir Izzaffy
Photographer
Momentspeaks Photography
012 2542360
www.flickr.com/photos/kabusribut
kabusribut88@yahoo.com
wedding.event.etc.

Sorg kenalan gua bertanya pada satu officer KAED nie….

” Bang, brapa biji kereta boleh masuk KAED Gallery nie? “, beliau berkata..

Apa kes?adakah sejarah akan tercipta buat pertama kalinya kereta akan memasuki ruang kaed gallery?hahaha….

Foot Note : Off to Langkawi..Mahsuri carik gua…





Sape tak kenal mamat atas nie memang KING OF KODI…betul beb Steve Mccurry live in Malaysia lah beb…bertempat kat annexxe gallery, gua dan sorg lagi sahabat telah pun berangkat untuk mendengar talk dari steve yang mungkin yang pertama dan terakhir di Malaysia…yelah nak harap mamat nie datang Kuala Lumpur lagi bilalah pulak kan…Steve Mccurry adalah satu nama besar dalam industri fotografi dunia…dari perang,isu dunia hinggalah ke culture sume steve nie dah rasa pengalaman…pendek kata dia nie adalah antara photojournalist terbaik dunia..sekarang beliau masih lagi berkhidmat dengan majalah Magnum…Ketika di tanya beliau berkata magnum adalah pilihan die sebab sume photographer idola dia adalah dari magnum…

Mule-mule gua ngan sahabat hampa gak sebab time sampai tu dah full house,tapi nasib menyebelahi kami dapat gak gua masuk dan snap gamba otai nie…kawan gua sampai tido ngigau dapat tandatangan mamat nie..pendek kata gua puas dapat bertemu dengan salah sorang idola gua nie dari jarak dekat…bertemu lutut ke lutut beb…Gua tabalkan talk malam tue adalah SANGAT TERBAIK!

Foot Note : Gua rase annexe tue kene besarkan lah tempat die lagi kalau buat event macam nie..

Syimir Izzaffy
Photographer
Momentspeaks Photography
012 2542360
www.flickr.com/photos/kabusribut
kabusribut88@yahoo.com
wedding.event.etc.

Pada hari ahad yang lepas,gua telah berpeluang untuk menjadi tetamu pulak untuk satu majlis perkahwinan kawan gua,selama nie gua yang kene amik gamba tetamu tapi kali ni gua datang makan jer…majlis ni adalah majlis kawan sepermainan gua dari dulu…susah same senang same…perkahwinan bertempat di Keramat…gua cam tak caye jer same baya ngan gua dah kawin…

Foot Note : Tahun ni memang rancak kawan-kawan gua kahwin…tak tau nape..

Older Posts »